PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM NEGERI SABAH 2021-2025

Terbitan edisi kedua ini merangkumi pelan-pelan strategik edisi pertama yang telah dikemaskini dan diberi nama baru iaitu "PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM NEGERI SABAH". Pelan strategik ini digubal bertujuan untuk menerangkan hala tuju perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penggunaan ICT bagi tempoh 5 tahun bermula 2021 hingga 2025.